Hal ini tidak sukar difahami. Google merupakan platfrom, Youtube merupakan platform, Alibaba merupakan platform dan Facebook juga merupakan platform. Laman web ini berjaya kerana dirinya merupakan platform.
Platform merupakan tempat pengeluar dan pengguna bertemu. Sebenarya ia mirip kepada orang tengah Tanpa perantaraan ini, pengeluar dan pengguna tidak akan bertemu sehingga jual beli tidak berlaku. Ironinya, istilah orang tengah mempunyai maksud konotasi yang negatif. Bahkan menteri pertanian telah mengisyhtiharkan tahun 2014 sebagai tahun perang jihad terhadap penguasaan orang tengah.
Platform Alam Nyata
Platform perniagaan sudah lama wujud. Sebenarnya ia ada di mana-mana. Pasar merupakan platform yang paling mudah. Cara paling mudah untuk memulakan busines platform ialah membeli sebidang tanah dan bina satu pasar, Pemilik pasar boleh menjana pendapatan dengan mengutip sewa daripada mereka yang jual sayur dan ikan di situ. Pemilik juga boleh menyediakan pelbagai kemudahan seperti shutter bas untuk menarik pelanggan ke situ. Jika pelanggan yang mengunjung ke situ bertambah, kadar sewa boleh ditingkatkan kerana pendapatan orang yang berniaga di situ akan bertambah sehingga mampu untuk membayar sewa yang lebih tinggi.
Satu lagi bisnes platform yang sudah lama wujud ialah kedai kopi. Pengusaha kedai kopi akan membeli atau menyewa sebuah kedai. Kemudian, pengusaha ini akan menyewakan gerai di dalam kedai kopi kepada pengusaha gerai makanan. Manakala dirinya pula hanya menjual teh dan kopi dan bertanggungjawab ke atas kebersihan kedai berkenaan.
Platform Alam Siber
Busines platform mula menarik perhatian selepas keberjayaan Google, Facebook, dan laman web yang lain. Ramai yang mula meniru model busines platform. Malahan, sesetengah NGO juga mengaplikasikan model platform. Misalnya, petfinder yang mempertemukan haiwan jalanan yang diselamatkan orang dengan mereka yang ingin mendapat haiwan kesayangan.
Platform alam siber cenderung untuk menjadi monopoli. Kedudukan laman web yang sudah menjadi monopoli sukar untuk dicabar. Ini adalah kerana nilai laman platform meningkat selari dengan jumlah penggunanya. Kita lebih suka mengunjung ke pasar yang ada lebih ramai peniaga kerana ini bermaksud pilihan di sana lebih banyak dan harga barangan di sana mungkin lebih rendah atas faktor persaingan.
Faktor kejayaan sesebuah platform alam siber tidak terletak pada nasib tetapi kekuatan teknologi yang dimiliki. Google berjaya kerana ia mampu mencarikan pengguna maklumat yang menepati keperluannya dengan cepat.

Peluasan Makna Platform
Platformization ataupun "penplatforman" . Istilah ini merupakan istilah IT pada asalnya tetapi mula diterapkan ke dalam dunia pengurusan.
Menurut apa yang saya terbaca dalam sebuah post FB, entiti perniagaan mula menuju ke arah plaformization. Maksudnya, sifat pekerja telah bertukar kepada mereka yang melaksanakan arahan dari atas kepada orang yang menggunakan syarikat sebagai platform untuk mengeluarkan potensi diri yang terpendam. Katanya, pekerja yang berkebolehan cenderung untuk berhijrah ke tempat bekerja yang mempunyai ruang untuk menyerlahkan kebolehan dan bakat. Ini berlawanan dengan pendapat bahawa pekerja yang berkebolehan cenderung untuk berhijrah ke tempat yang menawarkan gaji yang tinggi.
Dengan kata lain, syarikat perlu bertukar kepada platform kepada pekerja untuk memanfaatkan kebolehan pekerja secara optimum dan menarik mereka yang betul-betul berbakat ke situ.
Dengan kata lain, syarikat perlu bertukar kepada platform kepada pekerja untuk memanfaatkan kebolehan pekerja secara optimum dan menarik mereka yang betul-betul berbakat ke situ.
Walaupun demikian, perubahan ini juga akan menimbulkan masalah dalam pengurusan, dan hanya syarikat yang mampu mengatasi masalah ini akan berjaya.
Kesimpulan
Bumi ini kaya dengan sumber. Dengan teknologi pengeluaran yang ada, sumber di atas bumi sebenarnya cukup untuk seluruh manusia jika pengagihannya dilakukan secara efisien. Masalah pengagihan sangat bergantung pada faktor informasi, dan perkembangan IT telah membuka peluang untuk menyelesaikan masalah ini.
Pemikiran platform merupakan pemikiran tentang platform apa yang perlu diwujudkan dan cara untuk mengoperasinya supaya ia mampan dan memberi manfaat kepada pengeluar dan pengguna.
Walaupun platform berniaga di Malaysia sama ada di alam siber dan alam nyata sudah pun banyak, tetapi saya dapati masih ada plaform yang belum ada.