2013年11月9日星期六

Cerita The Good Kitchen: Satu Inovasi Busines

Inovasi busines dapat membaiki kehidupan manusia. Inovasi busines bukan sahaja penting dalam mengusahakan keuntungan malahan juga penting dalam organisasi perkhidmatan sosial. Dalam kes ini, inovasi busines telah diterapkan dalam perkhidmatan makanan percuma kepada orang tua kurang upaya di Denmark.

Senario


Di Denmark, terdapat ramai orang tua yang bergantung kepada makanan percuma yang dibekal oleh kerajaan. Kerajaan mendapati banyak orang tua yang menerima perkhidmatan ini mengalami malnutrisi. Melihat pada masalah ini, kerajaan Denmark telah melantik sebuah firma perekaan untuk mereka semula menu makanan percuma.

Perekaan bermula dengan pengumpulan data. Pengumpulan data adalah penting dalam menentukan apakah keperluan sebenar pelanggan. Sesuatu yang bernilai ialah sesuatu yang menepati keperluan dan kemahuan pelanggan.

Demi mengumpul data, pihak berkenaan telah mengunakan teknik journey mapping (pemetaan perjalanan). Keseluruan proses perkhidmatan makanan percuma telah diteliti dari persediaan makanan, penghantaran makanan sehingga makanan itu dimakan oleh orang tua. Penyelidik bukan sahaja meneliti proses ini malahan telah menemu ramah orang tua berkenaan.

Penyelidik mendapati orang tua kurang selera makan bukan kerana makanan itu tidak sedap tetapi mengalami komplikasi emosi yang tertentu. Disebabkan makanan yang dihantar adalah siap, mereka tidak ada pilihan dalam memilih apa yang dimasukkan ke dalam mulut. Selain itu, mereka juga rasa malu kerana terpaksa hidup bergantung kepada kerajaan. Dengan itu, emosi mereka tertekan sehinggakan mereka kurang makan dan mengalami malnutrisi.

Moral penyedia makanan juga rendah kerana mereka terpaksa memasak dengan bahan makanan yang murah dan mengikut menu yang tetap. Dengan kata lain mereka bosan bekerja.





Penyelesaian


Penyelesaiannya adalah mereka semula seluruh proses perkhidmatan percuma. Sebelum ini perkhidmatan ini ditanggap sebagai "dapur". Untuk mengingkatkan kualiti perkhidmatan, pereka telah menjenama perkhidmatan ini sebagai satu restoran. Pereka mahukan kakitangan dalam perkhidmatan ini membayangkan diri sebagai orang yang bekerja di restoran. Misalnya, pemasak dijadikan sebagai cif, penghantar makanan dijadikan sebagai pelayan restoran. Mereka disaran supaya berfikir ke arah itu.

Daripada pengaturan ini, sikap bekerja kakitangan telah berubah. Moral mereka telah meningkat. Penghantar makanan mula berinteraksi dengan orang tua dan orang tua terasa mereka disayangi dan selera makanan mereka telah meningkat.

Daripada penelitian, penyelidik mendapati orang tua peka kepada musim. Oleh itu menu makanan telah direka semula mengikut musim. Misalnya terdapat masakan berkaitan apple pada musim luruh. Selain itu, untuk memberi orang tua pilihan, makanan yang dihantar tidak lagi bercampur baur. Bahan-bahan makanan diasingkan di dalam bekas yang direka khas. Orang tua boleh memilih cara kombinasi makanan yang digemari oleh mereka.

Akhirnya, saluran komunikasi juga didirikan supaya penyedia makanan boleh mendapat maklum balas daripada orang tua demi membaiki kualiti makanan.



Inovasi Busines


Banyak yang salah faham bahawa inovasi busines adalah sesuatu yang eksklusif bagi organisasi bermotifkan keuntungan. Pada hal, NGO juga memerlukan inovasi busines demi membaiki kualiti perkhidmatan.

Inovasi busines melibatkan perekaan semula keseluruhan proses busines dengan mengambil kira persekitaran di mana entiti busines berkenaan berada. Bahagian yang boleh ditambah nilai perlu dikenal pasti. Pada akhirnya, satu model baru akan terhasil.

Dengan kata lain penambahan nilai tidak berlaku pada pembaikan mutu produk akhir sahaja. Penambahan nilai sebenarnya berlaku di sepanjang proses pengeluaran produk.


Kesimpulan


Pemikiran busines merupakan sesuatu yang benar-benar dapat membaiki kehidupan manusia. Barangkali pemikiran busines itu lebih hebat daripada pemikiran-pemikiran politik seperti Marxisme. Membaiki kualiti kehidupan menerusi busines bukan menerusi politik. Inilah kesimpulan saya.

(Isi artikel ini daripada kursus Design Thinking of Business Inovation yang ditawarkan Coursera)