2013年11月4日星期一

Pemikiran Google

Google merupakan laman web yang kerap kita kunjungi. Menurut Alexa, goole merupakan laman web yang mempunyai trafik tertinggi di Internet. Tanpa google, barangkali Interent tidak dapat berfungsi seumpama komputer yang tiada perisian windows. Apa yang menghairankan ialah, kita dapat menggunakan produk Google tanpa membayar kepada Google.

 

Pemikiran Google


Syarikat yang menempa kejayaan di era Interent merupakan syarikat yang menawarkan platform dan bukan menawarkan isi kepada pengguna. Sebelum kebangkitan Google, injin pencarian yang kerap digunakan merupakan Yahoo. Yahoo tewas dalam persaingan dengan google kerana mengambil pendekatan yang salah dalam menarik pengguna. Yahoo berusaha untuk menawarkan sebanyak informasi yang mungkin kepada pengguna menerusi laman webnya. Di portal Yahoo, kita boleh nampak pelbagai paparan isi seperti berita, artikel dan sebagainya. Semua ini sebenarnya terlalu banyak di Internet dan bukan sesuatu yang paling bernilai. Hal ini seumpama di laut. Di laut, apa yang bernilai bukan air masin kerana di situ terlalu banyak air masin. Apa yang bernilai di situ ialah kapal.

Google tidak menawarkan isi seperti yang ditawarkan oleh Yahoo. Google membantu kita mencari isi. Dengan kata lain, ia bertindak sebagai medium ataupun platfrom. Falsafah yang sama juga diguna pakai oleh Facebook. Facebook tidak menawarkan kawan kepada kita. Ia bertindak sebagai platform untuk kita dalam berinteraksi dengan kawan.
Google menjana pendapatan menerusi paparan iklan. Demi tujuan menyalurkan iklan kepada pengguna Internet, Google mencipta satu persekitaran untuk pengguna Internet. Kalau Windows merupakan persekitaran berkomputer, Google pula merupakan persekitaran berinternet.  Pengguna mencari maklumat, menonton video, mendengar muzik dan sebagainya di bawah persekitaran yang diciptakan oleh Google. Disebabkan persekitaran yang dicipta oleh Google adalah selesa, berkesan, menepati kemahuan pengguna, Google berjaya memonopoli pasaran ikalan Internet dan muncul sebagai sebuah syarikat gergasi.



Kebijaksanaan Konvensional Dalam Google

Walaupun google merupakan sebuah syarikat yang secara relatifnya baru, kebijaksaan bisnes yang diterapkan oleh Google merupakan kebijaksaan bisnes yang konvensional dan bukan inovasi bisnes yang baru.
Sebagai contoh, kita boleh nampak pemikiran dwi-menang dalam produk google. Google cuba bertindak dengan seadil yang mungkin kepada pengguna. Misalnya, google berkongsi keuntungan dengan pemblog yang menggunakan produk Blogger. Pemblog boleh menggunakan produk Blogger dengan percuma malahan menjana pendapatan menerusinya. Hal ini menjadi pemacu untuk pemblog untuk menghasilkan isi yang lebih baik, seterusnya menarik pembaca, dan akhirnya meningkatkan nilai iklan yang ada dalam blog berkenaan. Peningkatan nilai iklan berkenaan sekaligus menjana pendapatan lebih tinggi kepada Google.
Menyusuri pemikiran dwimenang, kita boleh dapati Google bertindak adil antara tiga pihak iaitu pengiklan, pembaca iklan dan dirinya sendiri. Iklan dicaj dengan berdasarakan klik. Maksudnya, pengiklan hanya perlu membayar apabila iklanya betul-betul diklik dan berkesan. Google juga tidak meletak iklan yang bercanggah dengan kepentingan pengguna seperti meletak iklan di laman web yang tidak relevan, ataupun meletak iklan yang bersifat mengganggu. Dengan kata lain, google cuba melakukan sesuatu yang dapat menjana nilai bagi semua pihak.
Kebijaksaan google sebenarnya balik kepada sifat azali bisnes yang berbunyi "membantu orang" Apa yang dilakukan oleh ahli bisnes sebenarnya membantu pelanggannya. Ahli bisnes yang gagal membantu pelanggannya adalah ahli bisnes yang gagal.
Dunia ini sebenarnya masyarakat yang saling membantu. Perniaga yang berjaya merupakan perniaga yang mempunyai kesedaran membantu orang yang kuat.


Kesimpulan


Bisnes bukan sesuatu yang hodoh. Bisnes merupakan amalan yang mulia. Bak kata, orang yang baik akan dibalas baik. Demikian juga ahli bisnes yang baik. Ahli bisnes yang baik dan adil kepada semua pasti akan dibalas dengan keuntungan. Oleh itu, ambil iktibar daripada Google: You can make money without doing evil.