2013年11月8日星期五

Model Busines Baru dalam Masyarakat

Atas pengaruh propaganda Marxisme dan komunisme, ahli busines sering kali dikaitkan dengan peniaga yang haloba, majikan yang menindas pekerja dan juga benda-benda negatif yang lain. Walaupun orang Cina sering kali dipandang sebagai bangsa yang pandai berniaga, tetapi pada hakikatnya dalam masyarakat Cina karier busines tidak dipandang mulia berbanding dengan karier yang lain seperti karier pendidikan.

Tanggapan ini sebenarnya salah kerana ini adalah sesuatu yang terhasil daripada propaganda komunisme dan Marxisme yang syirik. Ahli peniaga adalah mulia dan nabi Muhammad sendiri merupakan ahli peniagaan sebelum diangkat menjadi rasullulah.


Busines Membaiki Kehidupan Manusia


Adalah diketahui umum bahawa busines itu dapat memberi kebaikan yang besar kepada pengamalnya. Tetapi, pada masa yang sama busines juga memberi manfaat yang besar kepada orang lain dan juga masyarakat.

Kerana adanya orang busines yang melabur dalam pengeluaran sesuatu produk, orang ramai dapat menikmati produk tertentu. Misalnya Ford. Pada sebelum era Ford, automobil merupakan sesuatu yang eksklusif untuk orang kaya. Atas invosi cara pengeluaran Ford, automobil dapat dikeluarkan secara besar-besaran dan dijual dengan harga yang murah. Apa yang diciptakan oleh Ford bukan ciptaan material tetapi ciptaan management pengeluaran sehinggakan automobil dapat dinikmati oleh orang ramai.

Di Malaysia, pendidikan tinggi pada sebelum dekad 1990an merupakan sesuatu yang eksklusif bagi pelajar yang pintar kerana tempat duduk di IPTA adalah terhad dan tidak wujud IPTS pada sebelum dekad berkenaan. Tetapi kewujudan IPTS yang bermotifkan keuntungan telah membanyakkan tempat belajar. Selepas itu, pendidikan tinggi tidak lagi sesuatu yang eksklusif bagi pelajar yang pintar.

Ahli busines banyak jasanya. Ahli busines bukan sahaja mencipta produk yang memanfaatkan pengguna malahan mencipta peluang pekerjaan. Misalnya Ramli, sebuah jenama daging burger yang terkenal telah membuka peluang karier bagi orang muda. Ramli telah memperkenalkan sejenis makanan yang sedap lagi murah kepada orang kampung. Kerana Ramli, ramai yang dapat menyara hidup dengan menjual burger. (Bayangkan tidak wujud pembekal daging burger). Hidup beribu-ribu buah keluarga telah berubah kerana perniagaan burger.

Sesuatu busines yang betul-betul hebat ialah busines yang dapat menjana nilai yang tinggi bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada orang lain. Inovasi yang paling hebat ialah penciptaan cara berniaga yang baru yang boleh diaplikasikan oleh beribu-ribu peniaga yang lain untuk menjana nilai kepada masyarakat. Oleh itu,  institusi pengajian tinggi harus meningkatkan penyelidikan busines.


Esa Yap Infortainment Sebagai Entiti Busines


Esa Yap Infortainment merupakan sebuah entiti busines yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Saya mendaftarkan Esa Yap Infortaiment kerana saya menganggap blog ini merupakan produk saya. Saya menjual produk saya dengan harga RM 0.00. Tujuan saya berbuat demikian adalah demi menjana nilai kepada masyarakat.

Selain dapat memberi informasi yang berguna kepada pembaca, blog ini juga dapat menjana nilai kepuasan kepada diri saya.  Dengan kata lain, "busines" blog ini telah menjana nilai kepada semua pihak.

Dalam teori perniagaan tradisional Cina, terdapat tiga jenis busines. Yang pertama busines yang merugikan pelanggan tetapi menguntungkan diri. Yang kedua, busines yang menguntungkan pelanggan tetapi merugikan diri. Yang ketiga, busines yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Jenis busines yang pertama dan kedua tidak melibatkan penciptaan nilai.  Wujud pengalihan nilai tetapi tidak wujud penciptaan nilai. Kedua-dua jenis busines ini adalah tidak mampan. Jenis busines yang ketiga adalah mampan dan merupakan jenis busines yang sebenar.

Sebagai sebuah entiti busines yang bertanggungjawab, saya memaparkan nombor akaun bank saya di blog supaya pembaca yang ingin membayar sagu hati kepada saya dapat melakukan pembayaram. Ini sebenarnya model busines yang diamalkan oleh Wikimedia, pengelola Wikipedia.  Saya berbuat demikian kerana saya mengamalkan jenis busines yang ketiga iaitu busines yang menguntungkan diri dan juga  pelanggan.


Kesimpulan


Ahli busines yang berjaya ialah ahli busines yang dapat mencipta nilai. Fahaman Marxisme dan komunisme merupakan fahaman yang karut, syirik dan merugikan manusia. Pada zaman sekarang, hakikat sebenar busines sudah terbongkar yakni busines merupakan proses mencipta nilai dan menyampaikan nilai kepada pengguna dan juga pengeluar.