Coursera merupakan sebuah laman web yang menawarkan kursus peringkat universiti secara percuma kepada pengguna internet. Ia juga merupakan perusahaan sosial yang berusaha menjana kebajikan kepada masyarakat. Coursera memanfaatkan teknologi maklumat untuk mengupayakan pengguna.
MOOC
MOOC merupakan singkatan kepada Massive Open Online Course yang bermaksud kursus terbuka atas talian beramai-ramai. MOCC merupakan teknologi maklumat yang membolehkan sesuatu kursus dipelajari oleh sekumpulan pelajar yang amat ramai. "Amat ramai" di sini bermaksud jumlah yang mencecah berpuluh-puluh ribu orang.
Mekanisme MOOC adalah mirip kepada filem. Sebuah filem boleh ditonton oleh seberapa ramai orang. Kos per tontonan sesebuah filem adalah amat rendah. Misalnya, apabila kamu membeli sebuah DVD, kamu boleh menontonnya seberapa banyak kali yang diingini. Setiap kali kamu menontonnya, kosnya tidak akan bertambah.
Bahan yang digunakan dalam MOOC termasuk video kuliah yang dirakam, e-buku, dan juga peperiksaan yang disemak oleh komputer. Kos penerbitan bahan ini adalah one-shot dan tidak akan bertambah selari dengan penambahan orang yang menggunakannya. Hal ini menyebabkan kursus MOOC boleh diambil oleh seberapa ramai orang yang mungkin.
Menyemak kertas peperiksaan dengan tenaga manusia melibatkan kos. Kos menyemak kertas peperiksaan akan bertambah selari dengan pertambahan pelajar jika menggunakan tenaga manusia. MOOC menggunakan soalan peperiksaan dalam bentuk objektif. Hal ini membolehkan kertas peperiksaan disemak oleh komputer. Ini bermaksud penyemakan kertas jawaban hampir tidak melibatkan kos.
Dalam Coursera, terdapat juga bentuk peperiksaan yang disemak oleh pelajar. Pelajar akan menyemak kertas jawaban rakannya mengikut kriteria yang disediakan. Pengaturan ini merupakan penyemakan kertas jawaban tanpa melibatkan kos. Ini satu kebijaksanaan dalam meminimumkan kos.

Perusahaan Sosial
Coursera merupakan perusahaan sosial. Perusahaan sosial ialah entiti perniagaan yang matlamat akhirnya ialah menjana kebajikan masyarakat. Perusahaan sosial menggunakan cara bisnes untuk mencapai kebajikan masyarakat.
Kursus yang ditawarkan oleh Coursera adalah percuma. Orang akan menanya-nanya, bagaimana Coursera dapat menampung kos operasinya? Menerbitakan bahan MOCC dan juga menyelanggara server tetap melibatkan kos.
Coursera mencari wang untuk menampung kos operasinya menerusi pensijilan. Mengambil kursus adalah percuma tetapi mendapatkan sijil berdaftar pula perlu dibayar. Pelajar yang tidak membayar hanya akan mendapat satu sijil yang tidak boleh disemak kesahannya. Sijil yang dibayar merupakan sijil yang boleh disemak kesahannya. Inilah cara coursera mencari wang.
Daripada beribu-ribu pelajar yang mengambil kursus Coursera, hanya sebahagian kecil yang sanggup untuk membayar demi mendapatkan sijil berdaftar. Tetapi, ini sudah cukup untuk menampung kos operasi Coursera.
Kesimpulan
Kewujudan perusahaan seperti Coursera sudah tentu akan membawa manfaat kepada masyarakat. Coursera menerapkan prinsip pengurusan dan strategi bisnes untuk menjana kebajikan masyarakat. Amalan Coursera seharusnya diambil sebagai iktibar dan saya berharap lebih banyak perusahaan sosial akan wujud dalam masyarakat ini.