Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah Al-Baqarah:261)Dari segi ekonomi, sedekah juga akan mendatangkan kesan berganda, dengan syarat sedekah ini merupakan sedekah yang mendatangkan hijrah kepada penerima sedekah. Misalnya, jika sedekah yang diterima oleh penerima sedekah dijadikan modal busines, busines ini akan mendatangkan kesan berpanjangan ini kepada penerima sedekah. Seterusnya, penerima sedekah ini menyedekahkan rezekinya kepada orang yang lain dan orang berkenaan mengulangi apa yang dilakukannya sebelum ini. Dengan itu, sedakah telah mendatangkan kesan berganda.
Kesan berganda sedekah juga terlihat dari segi rangsangannya terhadap pengeluaran pasaran Apabila penerima sedekah menggunakan wang untuk membeli barang, pengeluar akan menambah pengeluaran. Apabila pengeluaran bertambah, pengeluar akan mengupah lebih banyak pekerja. Dengan itu peluang pekerjaan akan tercipta.
Riba Penyebab Inflasi
Dalam ceramah yang disampaikan oleh Abdul Hadi bin Haji Jusof, pengasas Daya Fikir Solution,
juga disebut kesan negatif riba terhadap ekonomi. Katanya, riba merupakan pembayaran yang tidak produtif. Riba yang terhasil akan menambah wang di dalam pasaran sehingga menyebabkan ketidakseimbangan antara permintaan dengan penawaran sekali gus menyebabkan inflasi berlaku.
Perkara ini boleh difahami dengan memahami bahawa setiap pembayaran seharusnya dibuat untuk membayar sesuatu pengeluaran. Misalnya, wang RM 10 dibayar untuk pengeluaran seguni beras yang bernilai RM 10. Tetapi, dalam konteks pembayaran riba, wang dibayar kepada pemiutang yang tidak melakukan apa-apa. Dalam keadaan ini, wang terhasil tetapi pengeluaran tidak berlaku dan barangan dalam pasaran tidak bertambah.
Wang yang terhasil daripada riba tidak ada kaitan dengan pengeluaran dan tidak menambahkan pengeluaran dalam pasaran. Hal ini menyebabkan permintaan meningkat tetapi penawaran pula tidak meningkat. Dalam hukum ekonomi, keadaan ini akan menyebabkan harga barang naik.
Pakej Sedekah Produktif
Abdul Hadi bin Haji Jusof juga memperkenalkan satu model untuk membantu orang miskin. Dalam model ini, sebuah tapak perniagaan diadakan dan dibahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian merupakan ruang untuk disewa, dan satu bahagian ruang untuk disedekah kepada orang miskin. Pihak pengurusan akan mengutip sewa daripada mereka yang menyewa ruang untuk disewa sebagai kos penyelenggara dan sebagai wang untuk disedakah kepada orang miskin yang menduduki ruang untuk disedakah. Wang ini dijadikan modal perniagaan kepada orang miskin ini. Daripada itu, orang miskin ini akan mencapai status mandiri dan hijrah kehidupan akan berlaku.
Kesimpulann
Daripada ceramah ini, saya dapati sedakah boleh dijadikan sebagai agen transformasi sosial. Banyak syarikat yang mengamalkan CSR demi tujuan pemasaran dan penjenamaan. Tetapi CSR tidak setakat meningkatkan nilai jenama sesebuah syarikat tetapi kesannya yang lebih mendalam adalah terletak pada impaknya terhadap persekitaran ekonomi syarikat berkenaan.
Apabila persekitaran ekonomi bertambah baik menerusi CSR yang diamalkan oleh sesebuah syarikat, survival syarikat berkenaan akan menjadi lebih mudah. Jika sedekah yang disalurkan kepada masyarkat berjaya meningkatkan ekonomi negara, maka syarikat berkenaan mempunyai ruang yang lebih besar untuk berkembang.