2013年11月9日星期六

Cerita The Good Kitchen: Satu Inovasi Busines

Inovasi busines dapat membaiki kehidupan manusia. Inovasi busines bukan sahaja penting dalam mengusahakan keuntungan malahan juga penting dalam organisasi perkhidmatan sosial. Dalam kes ini, inovasi busines telah diterapkan dalam perkhidmatan makanan percuma kepada orang tua kurang upaya di Denmark.

Senario


Di Denmark, terdapat ramai orang tua yang bergantung kepada makanan percuma yang dibekal oleh kerajaan. Kerajaan mendapati banyak orang tua yang menerima perkhidmatan ini mengalami malnutrisi. Melihat pada masalah ini, kerajaan Denmark telah melantik sebuah firma perekaan untuk mereka semula menu makanan percuma.

Perekaan bermula dengan pengumpulan data. Pengumpulan data adalah penting dalam menentukan apakah keperluan sebenar pelanggan. Sesuatu yang bernilai ialah sesuatu yang menepati keperluan dan kemahuan pelanggan.

Demi mengumpul data, pihak berkenaan telah mengunakan teknik journey mapping (pemetaan perjalanan). Keseluruan proses perkhidmatan makanan percuma telah diteliti dari persediaan makanan, penghantaran makanan sehingga makanan itu dimakan oleh orang tua. Penyelidik bukan sahaja meneliti proses ini malahan telah menemu ramah orang tua berkenaan.

Penyelidik mendapati orang tua kurang selera makan bukan kerana makanan itu tidak sedap tetapi mengalami komplikasi emosi yang tertentu. Disebabkan makanan yang dihantar adalah siap, mereka tidak ada pilihan dalam memilih apa yang dimasukkan ke dalam mulut. Selain itu, mereka juga rasa malu kerana terpaksa hidup bergantung kepada kerajaan. Dengan itu, emosi mereka tertekan sehinggakan mereka kurang makan dan mengalami malnutrisi.

Moral penyedia makanan juga rendah kerana mereka terpaksa memasak dengan bahan makanan yang murah dan mengikut menu yang tetap. Dengan kata lain mereka bosan bekerja.





Penyelesaian


Penyelesaiannya adalah mereka semula seluruh proses perkhidmatan percuma. Sebelum ini perkhidmatan ini ditanggap sebagai "dapur". Untuk mengingkatkan kualiti perkhidmatan, pereka telah menjenama perkhidmatan ini sebagai satu restoran. Pereka mahukan kakitangan dalam perkhidmatan ini membayangkan diri sebagai orang yang bekerja di restoran. Misalnya, pemasak dijadikan sebagai cif, penghantar makanan dijadikan sebagai pelayan restoran. Mereka disaran supaya berfikir ke arah itu.

Daripada pengaturan ini, sikap bekerja kakitangan telah berubah. Moral mereka telah meningkat. Penghantar makanan mula berinteraksi dengan orang tua dan orang tua terasa mereka disayangi dan selera makanan mereka telah meningkat.

Daripada penelitian, penyelidik mendapati orang tua peka kepada musim. Oleh itu menu makanan telah direka semula mengikut musim. Misalnya terdapat masakan berkaitan apple pada musim luruh. Selain itu, untuk memberi orang tua pilihan, makanan yang dihantar tidak lagi bercampur baur. Bahan-bahan makanan diasingkan di dalam bekas yang direka khas. Orang tua boleh memilih cara kombinasi makanan yang digemari oleh mereka.

Akhirnya, saluran komunikasi juga didirikan supaya penyedia makanan boleh mendapat maklum balas daripada orang tua demi membaiki kualiti makanan.



Inovasi Busines


Banyak yang salah faham bahawa inovasi busines adalah sesuatu yang eksklusif bagi organisasi bermotifkan keuntungan. Pada hal, NGO juga memerlukan inovasi busines demi membaiki kualiti perkhidmatan.

Inovasi busines melibatkan perekaan semula keseluruhan proses busines dengan mengambil kira persekitaran di mana entiti busines berkenaan berada. Bahagian yang boleh ditambah nilai perlu dikenal pasti. Pada akhirnya, satu model baru akan terhasil.

Dengan kata lain penambahan nilai tidak berlaku pada pembaikan mutu produk akhir sahaja. Penambahan nilai sebenarnya berlaku di sepanjang proses pengeluaran produk.


Kesimpulan


Pemikiran busines merupakan sesuatu yang benar-benar dapat membaiki kehidupan manusia. Barangkali pemikiran busines itu lebih hebat daripada pemikiran-pemikiran politik seperti Marxisme. Membaiki kualiti kehidupan menerusi busines bukan menerusi politik. Inilah kesimpulan saya.

(Isi artikel ini daripada kursus Design Thinking of Business Inovation yang ditawarkan Coursera)

2013年11月8日星期五

Model Busines Baru dalam Masyarakat

Atas pengaruh propaganda Marxisme dan komunisme, ahli busines sering kali dikaitkan dengan peniaga yang haloba, majikan yang menindas pekerja dan juga benda-benda negatif yang lain. Walaupun orang Cina sering kali dipandang sebagai bangsa yang pandai berniaga, tetapi pada hakikatnya dalam masyarakat Cina karier busines tidak dipandang mulia berbanding dengan karier yang lain seperti karier pendidikan.

Tanggapan ini sebenarnya salah kerana ini adalah sesuatu yang terhasil daripada propaganda komunisme dan Marxisme yang syirik. Ahli peniaga adalah mulia dan nabi Muhammad sendiri merupakan ahli peniagaan sebelum diangkat menjadi rasullulah.


Busines Membaiki Kehidupan Manusia


Adalah diketahui umum bahawa busines itu dapat memberi kebaikan yang besar kepada pengamalnya. Tetapi, pada masa yang sama busines juga memberi manfaat yang besar kepada orang lain dan juga masyarakat.

Kerana adanya orang busines yang melabur dalam pengeluaran sesuatu produk, orang ramai dapat menikmati produk tertentu. Misalnya Ford. Pada sebelum era Ford, automobil merupakan sesuatu yang eksklusif untuk orang kaya. Atas invosi cara pengeluaran Ford, automobil dapat dikeluarkan secara besar-besaran dan dijual dengan harga yang murah. Apa yang diciptakan oleh Ford bukan ciptaan material tetapi ciptaan management pengeluaran sehinggakan automobil dapat dinikmati oleh orang ramai.

Di Malaysia, pendidikan tinggi pada sebelum dekad 1990an merupakan sesuatu yang eksklusif bagi pelajar yang pintar kerana tempat duduk di IPTA adalah terhad dan tidak wujud IPTS pada sebelum dekad berkenaan. Tetapi kewujudan IPTS yang bermotifkan keuntungan telah membanyakkan tempat belajar. Selepas itu, pendidikan tinggi tidak lagi sesuatu yang eksklusif bagi pelajar yang pintar.

Ahli busines banyak jasanya. Ahli busines bukan sahaja mencipta produk yang memanfaatkan pengguna malahan mencipta peluang pekerjaan. Misalnya Ramli, sebuah jenama daging burger yang terkenal telah membuka peluang karier bagi orang muda. Ramli telah memperkenalkan sejenis makanan yang sedap lagi murah kepada orang kampung. Kerana Ramli, ramai yang dapat menyara hidup dengan menjual burger. (Bayangkan tidak wujud pembekal daging burger). Hidup beribu-ribu buah keluarga telah berubah kerana perniagaan burger.

Sesuatu busines yang betul-betul hebat ialah busines yang dapat menjana nilai yang tinggi bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada orang lain. Inovasi yang paling hebat ialah penciptaan cara berniaga yang baru yang boleh diaplikasikan oleh beribu-ribu peniaga yang lain untuk menjana nilai kepada masyarakat. Oleh itu,  institusi pengajian tinggi harus meningkatkan penyelidikan busines.


Esa Yap Infortainment Sebagai Entiti Busines


Esa Yap Infortainment merupakan sebuah entiti busines yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Saya mendaftarkan Esa Yap Infortaiment kerana saya menganggap blog ini merupakan produk saya. Saya menjual produk saya dengan harga RM 0.00. Tujuan saya berbuat demikian adalah demi menjana nilai kepada masyarakat.

Selain dapat memberi informasi yang berguna kepada pembaca, blog ini juga dapat menjana nilai kepuasan kepada diri saya.  Dengan kata lain, "busines" blog ini telah menjana nilai kepada semua pihak.

Dalam teori perniagaan tradisional Cina, terdapat tiga jenis busines. Yang pertama busines yang merugikan pelanggan tetapi menguntungkan diri. Yang kedua, busines yang menguntungkan pelanggan tetapi merugikan diri. Yang ketiga, busines yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Jenis busines yang pertama dan kedua tidak melibatkan penciptaan nilai.  Wujud pengalihan nilai tetapi tidak wujud penciptaan nilai. Kedua-dua jenis busines ini adalah tidak mampan. Jenis busines yang ketiga adalah mampan dan merupakan jenis busines yang sebenar.

Sebagai sebuah entiti busines yang bertanggungjawab, saya memaparkan nombor akaun bank saya di blog supaya pembaca yang ingin membayar sagu hati kepada saya dapat melakukan pembayaram. Ini sebenarnya model busines yang diamalkan oleh Wikimedia, pengelola Wikipedia.  Saya berbuat demikian kerana saya mengamalkan jenis busines yang ketiga iaitu busines yang menguntungkan diri dan juga  pelanggan.


Kesimpulan


Ahli busines yang berjaya ialah ahli busines yang dapat mencipta nilai. Fahaman Marxisme dan komunisme merupakan fahaman yang karut, syirik dan merugikan manusia. Pada zaman sekarang, hakikat sebenar busines sudah terbongkar yakni busines merupakan proses mencipta nilai dan menyampaikan nilai kepada pengguna dan juga pengeluar.

2013年11月5日星期二

Coursera: Satu Perusahaan Sosial

Coursera merupakan sebuah laman web yang menawarkan kursus peringkat universiti secara percuma kepada pengguna internet. Ia juga  merupakan perusahaan sosial yang berusaha menjana kebajikan kepada masyarakat. Coursera memanfaatkan teknologi maklumat untuk mengupayakan pengguna.


MOOC


MOOC merupakan singkatan kepada Massive Open Online Course yang bermaksud kursus terbuka atas talian beramai-ramai. MOCC merupakan teknologi maklumat yang membolehkan sesuatu kursus dipelajari oleh sekumpulan pelajar yang amat ramai. "Amat ramai" di sini bermaksud jumlah yang mencecah berpuluh-puluh ribu orang.
Mekanisme MOOC adalah mirip kepada filem. Sebuah filem boleh ditonton oleh seberapa ramai orang. Kos per tontonan sesebuah filem adalah amat rendah. Misalnya, apabila kamu membeli sebuah DVD, kamu boleh menontonnya seberapa banyak kali yang diingini. Setiap kali kamu menontonnya, kosnya tidak akan bertambah.
Bahan yang digunakan dalam MOOC termasuk video kuliah yang dirakam, e-buku, dan juga peperiksaan yang disemak oleh komputer. Kos penerbitan bahan ini adalah one-shot dan tidak akan bertambah selari dengan penambahan orang yang menggunakannya. Hal ini menyebabkan kursus MOOC boleh diambil oleh seberapa ramai orang yang mungkin.

Menyemak kertas peperiksaan dengan tenaga manusia melibatkan kos. Kos menyemak kertas peperiksaan akan bertambah selari dengan pertambahan pelajar jika menggunakan tenaga manusia. MOOC menggunakan soalan peperiksaan dalam bentuk objektif. Hal ini membolehkan kertas peperiksaan disemak oleh komputer. Ini bermaksud penyemakan kertas jawaban hampir tidak melibatkan kos.

Dalam Coursera, terdapat juga bentuk peperiksaan yang disemak oleh pelajar. Pelajar akan menyemak kertas jawaban rakannya mengikut kriteria yang disediakan. Pengaturan ini merupakan penyemakan kertas jawaban tanpa melibatkan kos.  Ini satu kebijaksanaan dalam meminimumkan kos.
Perusahaan Sosial
Coursera merupakan perusahaan sosial.  Perusahaan sosial ialah entiti perniagaan yang matlamat akhirnya ialah menjana kebajikan masyarakat. Perusahaan sosial menggunakan cara bisnes untuk mencapai kebajikan masyarakat.
Kursus yang ditawarkan oleh Coursera adalah percuma. Orang akan menanya-nanya, bagaimana Coursera dapat menampung kos operasinya? Menerbitakan bahan MOCC dan juga menyelanggara server tetap melibatkan kos.
Coursera mencari wang untuk menampung kos operasinya menerusi pensijilan. Mengambil kursus adalah percuma tetapi mendapatkan sijil berdaftar pula perlu dibayar. Pelajar yang tidak membayar hanya akan mendapat satu sijil yang tidak boleh disemak kesahannya. Sijil yang dibayar merupakan sijil yang boleh disemak kesahannya. Inilah cara coursera mencari wang.
Daripada beribu-ribu pelajar yang mengambil kursus Coursera, hanya sebahagian kecil yang sanggup untuk membayar demi mendapatkan sijil berdaftar. Tetapi, ini sudah cukup untuk menampung kos operasi Coursera.


Kesimpulan

Kewujudan perusahaan seperti Coursera sudah tentu akan membawa manfaat kepada masyarakat. Coursera menerapkan prinsip pengurusan dan strategi bisnes untuk menjana kebajikan masyarakat. Amalan Coursera seharusnya diambil sebagai iktibar dan saya berharap lebih banyak perusahaan sosial akan wujud dalam masyarakat ini.

2013年11月4日星期一

Pemikiran Google

Google merupakan laman web yang kerap kita kunjungi. Menurut Alexa, goole merupakan laman web yang mempunyai trafik tertinggi di Internet. Tanpa google, barangkali Interent tidak dapat berfungsi seumpama komputer yang tiada perisian windows. Apa yang menghairankan ialah, kita dapat menggunakan produk Google tanpa membayar kepada Google.

 

Pemikiran Google


Syarikat yang menempa kejayaan di era Interent merupakan syarikat yang menawarkan platform dan bukan menawarkan isi kepada pengguna. Sebelum kebangkitan Google, injin pencarian yang kerap digunakan merupakan Yahoo. Yahoo tewas dalam persaingan dengan google kerana mengambil pendekatan yang salah dalam menarik pengguna. Yahoo berusaha untuk menawarkan sebanyak informasi yang mungkin kepada pengguna menerusi laman webnya. Di portal Yahoo, kita boleh nampak pelbagai paparan isi seperti berita, artikel dan sebagainya. Semua ini sebenarnya terlalu banyak di Internet dan bukan sesuatu yang paling bernilai. Hal ini seumpama di laut. Di laut, apa yang bernilai bukan air masin kerana di situ terlalu banyak air masin. Apa yang bernilai di situ ialah kapal.

Google tidak menawarkan isi seperti yang ditawarkan oleh Yahoo. Google membantu kita mencari isi. Dengan kata lain, ia bertindak sebagai medium ataupun platfrom. Falsafah yang sama juga diguna pakai oleh Facebook. Facebook tidak menawarkan kawan kepada kita. Ia bertindak sebagai platform untuk kita dalam berinteraksi dengan kawan.
Google menjana pendapatan menerusi paparan iklan. Demi tujuan menyalurkan iklan kepada pengguna Internet, Google mencipta satu persekitaran untuk pengguna Internet. Kalau Windows merupakan persekitaran berkomputer, Google pula merupakan persekitaran berinternet.  Pengguna mencari maklumat, menonton video, mendengar muzik dan sebagainya di bawah persekitaran yang diciptakan oleh Google. Disebabkan persekitaran yang dicipta oleh Google adalah selesa, berkesan, menepati kemahuan pengguna, Google berjaya memonopoli pasaran ikalan Internet dan muncul sebagai sebuah syarikat gergasi.



Kebijaksanaan Konvensional Dalam Google

Walaupun google merupakan sebuah syarikat yang secara relatifnya baru, kebijaksaan bisnes yang diterapkan oleh Google merupakan kebijaksaan bisnes yang konvensional dan bukan inovasi bisnes yang baru.
Sebagai contoh, kita boleh nampak pemikiran dwi-menang dalam produk google. Google cuba bertindak dengan seadil yang mungkin kepada pengguna. Misalnya, google berkongsi keuntungan dengan pemblog yang menggunakan produk Blogger. Pemblog boleh menggunakan produk Blogger dengan percuma malahan menjana pendapatan menerusinya. Hal ini menjadi pemacu untuk pemblog untuk menghasilkan isi yang lebih baik, seterusnya menarik pembaca, dan akhirnya meningkatkan nilai iklan yang ada dalam blog berkenaan. Peningkatan nilai iklan berkenaan sekaligus menjana pendapatan lebih tinggi kepada Google.
Menyusuri pemikiran dwimenang, kita boleh dapati Google bertindak adil antara tiga pihak iaitu pengiklan, pembaca iklan dan dirinya sendiri. Iklan dicaj dengan berdasarakan klik. Maksudnya, pengiklan hanya perlu membayar apabila iklanya betul-betul diklik dan berkesan. Google juga tidak meletak iklan yang bercanggah dengan kepentingan pengguna seperti meletak iklan di laman web yang tidak relevan, ataupun meletak iklan yang bersifat mengganggu. Dengan kata lain, google cuba melakukan sesuatu yang dapat menjana nilai bagi semua pihak.
Kebijaksaan google sebenarnya balik kepada sifat azali bisnes yang berbunyi "membantu orang" Apa yang dilakukan oleh ahli bisnes sebenarnya membantu pelanggannya. Ahli bisnes yang gagal membantu pelanggannya adalah ahli bisnes yang gagal.
Dunia ini sebenarnya masyarakat yang saling membantu. Perniaga yang berjaya merupakan perniaga yang mempunyai kesedaran membantu orang yang kuat.


Kesimpulan


Bisnes bukan sesuatu yang hodoh. Bisnes merupakan amalan yang mulia. Bak kata, orang yang baik akan dibalas baik. Demikian juga ahli bisnes yang baik. Ahli bisnes yang baik dan adil kepada semua pasti akan dibalas dengan keuntungan. Oleh itu, ambil iktibar daripada Google: You can make money without doing evil.